Tuesday, March 18, 2008

allo beb..

korang sumer aper citer? he..he.. sedar tak sedar dh sebulan aku jd PRO. takder la susah sangat cuma malas nak melayan org jer. kat JPN nie ramai sangat dtg pasal kes mahkamah diorang... bila tanya aku, aku nganga jelah. mana aku paham sumer term2 law nie. dulu masa belajar dulu pun lawa cukup untuk lulus jer. tue pun puas merayu. maklumla budak mass comm di suruh cakap pasal law, tunggang langgang la jadi nyer. yang tak best nyer minggu depan 25-26/3 nie ada exam law pulak.
tapi yang best nyer kat sini..staf2 kat sini ok2 gak la. cerah mata memandang. takder la banyak sangat yg dipenghujung senja tue. tapi mana la diorang nak pandang aku yang PRO nie. diorang mesti cari lagi best dr lawyer. hampeh tul.
kat sini bos aku tak berapa suka sangat dealing dengan media. so aku save sket la. mana tak nyer. kalau jadi kak shimah jenuh melayan bos yg gila publisiti tue. aku haritue konon as PRO buat la plan media untuk JPN. macam nk pecah kepala hotak pikir sesorang aper nak buat. abih sume member media lama aku kontek tanya pendapat. bila siap aku tunjuk kat bos, bos kata tak payah la. leceh nanti. sengal jer aku rasa.
yang tak best nyer kat sini satu jer. duduk sensorang dlm bilik tue. buat kerja sesorang. aku ni lak suka kerja berkumpulan. bila ada 2 - 3 orang tue idea banyak sket. tapi nak buat camner. kita kena la berubah. tukar angin. menteri besar pun dh tukar.. takkan kita takleh nak berubah. anjakan paradigma katakan.
tapi kalau fikir korang pun sama gak macam aku.. dh nama pro. terpaksalah yang menurut perintah. berkhidmat untuk negara.

Monday, March 17, 2008

Bekerjalah Sekuatnya

Hai Yus...Hai semua...
Selamat bekerja di bawah kepimpinan menteri-menteri baru. Welcome to Datuk Saziman as Information Minester? bekerjalah kita sekuatnya..He.He...

Saturday, March 15, 2008

usah kau kenangkan......

wah..wahh.. orang perak bukan main lagi maklum le dapat mb baru si zira kat sana kenapa senyap aje bagi le sikit komen...tapi yang aku makin hairan nie pasal mb(perlis & ganu kite) yang dimenangi bn tak angkat sumpah gi, dulu-dulu kalau dah menang esok or lusa sure dah angkat sumpah, masalah ini kalau tidak ditangani dengan bijak nampak gayanye masyarakat akan kurang yakin dengan bn dan br akan mendapat tempat di hati rakyat, ape-ape pun yang pasti kita S.A.M dan kat negeri aku lak P.A.M (Pahang Aman dan Makmur). MB gua dah angkat sumpah tapi aku nak menyumpah ada lee.....

Friday, March 14, 2008

2 cents THAT'S NOT GONNA WORTH ME

sapa yang tak mengundi hari tu? angkat tangan! jaga2, jangan sampai nampak bulu ketiak tu am oi! hahahhaaahaha!
pasal mengundi dah selesai... aku terima gak few smses tapi handphone dan no aku ni kebal, jarang2 sekali dapat smses berantai nie... (ataupun no aku tak glemer nih?) hahhahahaha!
persoalan dalam benak pikiran aku adalah, adakah negeri kelahiranku iaitu the Silver state akan sejahtera dan aman makmur seadanya? belum apa2 lagi dah gaduh2 pasal nak lantik MB. gamaknya memang keturunan kot, orang perak ni suka gaduh! (termasuklah yang menaip nih! ngaku jangan tak ngaku.) aku tak akan kata yang negeriku itu akan hancur lebur kerana itu semua kerja Tuhan. maybe di bawah kepimpinan yang baru dan majmuk ini, negeriku akan lebih berdaya saing dan maju, cewah! manalah tau kot2 leh jadi macam Kota Singa, glemer sampai ke ujung dunia. aku bukan berangan minah jenin, tapi saja cuba2 berimaginasi ala2 kepolitikusan. apa2 pun, aku doakan semua yang berlaku ini akan menunjuk ke arah positif dan kalau banyak yang negatif, it's also a way for a better and brighter life! hopefully...

Thursday, March 13, 2008

SMS Politik Malaysia

1.
pembangkang telah menunaikan janji utk menurunkan harga minyak di 5 buah negeri bermula dari hari ini :
1. Kedah - minyak gamat
2. Penang - minyak pala
3. Kelantan - minyak lintah
4. Perak - minyak urut
5. Selangor - minyak rambut"takbir!"
** lucu pulak sms ni..

2.
Pernahkah anda lihat bapa atau ibu mengeluh utk membeli susu,beras,minyak dan keperluan harian. Pernahkah anda mengeluh utk pergi bkerja kerana terpaksa mbayar tol yg mahal, trafik jam, gaji yg tak seberapa. Kos Pendidikan, perubatan yang terpaksa ditelan. Rakyat bawahan merayu kpd kerajaan Barisan Nasional tapi tak pernah diendahkan. Fikirkanlah
** pernah! Tapi kenapa pembangkang baru 4 hari menang, bergaduh sesama sendiri. Tu taknak tengok ke? huhuhu.. tunggula 4 tahun nanti apa Malaysia akan jadi..

3.
Menteri bukak bisnes esok hari...
Zainuddin Maidin : Kedai teh tarik
Samy Vellu : Toosay daun pisang
Soo Khon : Bak Kut Teh Claypot
Shahrizat : Nasi Kukus Ayam Dara
Khir toyo : jual peyapu
Tajol jual : Tempoyak..maklum la nak cari rezeki halal ...
** Wah! Hebat la dorang ley ramal masa depan org.. Rezeki tuhan..

4.
Gurindam Paklah -Panas ku sangka hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Kelantan ku sangka mudah ditawan, rupanya kuhilang 5 negeri...Sungguh malang nasibku ini, tiada kampung dan tiada negeri, Penang negeriku ditawan DAP, taktau kemana nak bawa diri.Ada baiknya ku undur diri, bagi peluang kepada Khairy, sambil kutumpu kpd istri, manalah tau kot-kot dpt baby !!!
** Takperla.. Tertewas dengan mereka yg kena pancing dengan parti selama ni nak jatuhkan melayu.. Tahniah buat mereka.

Monday, March 10, 2008

hahahha...SELAMAT ...


selamat dah PRU ke12 yg lalu, ada yg xtdo2 sampai kul 5 pg nk tgu result.... pasni tgu result exam jabatan lak...takuiiitttt....


kak tina,

selamat menunggu harilah utk dpt 1st baby....mesti cun mcm mak dierrr......hehheeh



aku la, -MAZA-

Saturday, March 8, 2008

undi la....jangan tak undi...

hari ini semua orang cakap pasal nak mengundi sampai nyoya dan ayaa kat belakang rumah aku pun sibuk cite pukul berapa diorang nak gi mengundi, secara kasar diorang ini tak kisah atau tak ambil tau sangat pasal politik namun tanggungjawab mereka sebagai rakyat malaysia tetap ditunaikan... bagi member-member yang sibuk bertugas di tempat masing-masing selamat bertugas dan jangan lupa jaga kesihatan kerana ada selalu tidur 2-3 jam sebab bertugas, aku pun tak sangka dalam masa dua hari setengah aku dah pusing semua daerah di negeri pahang dan merentasi 3 negeri termasuk negeri kelantan, faham-faham jer le pahang ini kan besar dan daerah yang paling jauh ialah cameron highlands. sekarang ini cameron boleh tahan gak sejuk nya hari tu aku sampai pun hampir tengah malam check in hotel kat pukul 1 pagi keluar jer kete mak hoi sejuknya, sesiapa yang nak gi sana telefon le pejabat kita kat sana PPD dia En. Mohd Yusoff Kamsah yang sama lapor diri ngan kita dulu....ok c u..

Monday, March 3, 2008

Boringnyer..

Eloo..

Aduh. Apakehalnya pc aku ni (ofc)?? Takley nak display formating tool blogspot ni. Boleh menaip je dari tadi. Nak upload pun tak best.. huhuhu..