Friday, March 14, 2008

2 cents THAT'S NOT GONNA WORTH ME

sapa yang tak mengundi hari tu? angkat tangan! jaga2, jangan sampai nampak bulu ketiak tu am oi! hahahhaaahaha!
pasal mengundi dah selesai... aku terima gak few smses tapi handphone dan no aku ni kebal, jarang2 sekali dapat smses berantai nie... (ataupun no aku tak glemer nih?) hahhahahaha!
persoalan dalam benak pikiran aku adalah, adakah negeri kelahiranku iaitu the Silver state akan sejahtera dan aman makmur seadanya? belum apa2 lagi dah gaduh2 pasal nak lantik MB. gamaknya memang keturunan kot, orang perak ni suka gaduh! (termasuklah yang menaip nih! ngaku jangan tak ngaku.) aku tak akan kata yang negeriku itu akan hancur lebur kerana itu semua kerja Tuhan. maybe di bawah kepimpinan yang baru dan majmuk ini, negeriku akan lebih berdaya saing dan maju, cewah! manalah tau kot2 leh jadi macam Kota Singa, glemer sampai ke ujung dunia. aku bukan berangan minah jenin, tapi saja cuba2 berimaginasi ala2 kepolitikusan. apa2 pun, aku doakan semua yang berlaku ini akan menunjuk ke arah positif dan kalau banyak yang negatif, it's also a way for a better and brighter life! hopefully...

2 comments:

Yusrizal said...

nampaknya jabtan penerangan tak menjalankan tugasnya kot? tak hebahkan propaganda kerajaan dengan jayanya!!

nak salahkan sapa lagi ek?

Dr. Zahid Hamidi bakal bos kita ni! suka tak?

ceri masam said...

oh!
KSN dah sound dah PENGARAH2 negeri sebab banyak yang memang tak buat kerja menghantar laporan yang sahih. semua rasa konfiden, main antar laporan sesuka ati makcik pakcik aku, so kenalah.. kat HQ pun sama kena bambu gak...
mana2 pun sama

aku suka ZH? hehehe... garang tu!